flowerish my heart

Showing posts with label my little princess. Show all posts
Showing posts with label my little princess. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Potty Training..When to start??


Hari ni aku nak berbicara tentang potty training. Sebabnya anak dara aku dah nak masuk 19 months 15hb Julai ni. So aku berhasrat untuk memulakan latihan menggunakan tandas bagi tujuan menjimatkan pampers.hehehheh Pastu boleh la plan untuk 2nd baby plak

Dari hasil google aku potty train dah boleh start seawal 18 bulan iaitu bersamaan dengan usia setahun setengah. Berikut adalah checklist bahawa tanda anak dah bersedia untuk di potty train. Ni yang aku dapat dari babycenter.com. Kalau dari web tu ada perbezaan kalau nak kenal persediaan antara baby boy & baby girl;-

Your child may be ready to start potty training if she:

• Has regular, soft, formed bowel movements - Nuwaila dah pass ni

• Can pull her pants up and down - Nuwaila baru nak belajar
 
• Imitates others' bathroom habits (likes to watch you go to the bathroom, wants to wear underwear, and so on) - Nuwaila sangat tak suka nak pakai pampers or sepender. asyik kena main kejar2 jek.

• Makes a physical demonstration when she's having a bowel movement (such as grunting, squatting or telling you) - Bab ni Nuwaila dah pass. Kalau dah wee-wee dia suka buat muka cute sambil mencangkung sambil tarik2 pampers dia suh kita ganti lain. Tapi dia selalu cakap dia poo walaupun cuma wee-wee.



• Has words for stool and urine - Nuwaila belum reti sebut betul lagik. Tapi kalau kita tanya dia angguk2 kan kepala sambil senyum.

• Can follow simple instructions (such as "Give me the toy.") - Nuwaila dah terlebey pandai bab ni. kadang-kadang advanced sudah..

• Understands the physical signals that mean she has to go and can tell you before it happens - Nuwaila tak pass lagik nih

• Dislikes the feeling of being in a dirty nappy - sekarang ni baru sekali kencing pun dah suruh tukar pampers. kalo tengah ngantuk sangat tu, berak pun sanggup tido jugak.

• Has "dry" periods of at least three or four hours (this shows her bladder muscles are developed enough to hold her urine in and store it) -Pass

• Isn't negative about everything -Pass

• Understands the value of putting things where they belong -Baru separuh markah

• Demonstrates a desire for independence -Pass

• Can walk and sit down -Pass

Kesimpulannya, boleh tangguh lagi atau boleh mulakan kelas??? tapi kalau nak bagi dia fun with the potty pun okay gak kan?? Yerlah bagi exposure so that when she is ready, dia dah boleh guna potty itu. 

Tapi nak guna potty yang macam mana ek??yang ada music??yang ada gambar katun??or yang simple jek???




Ikut bacaan dari babycenter.com, anak pompuan lagi cepat pickup dari baby boy. Entahlah..my first time experience nih. So harap2 nuwaila membantu dalam proses nih.


Monday, June 28, 2010

Nuwaila dan Blue Bear

Nuwaila sangat sukakan blue bear. Kalau kuar je iklan celcom tu..dia akn tiru beruang2 tu hentak kaki sambil cakap "HO!HO!" sejibik iklan.



Upload gambo dulu...cerita type esok jerlah..Ngantuk!!hehehhehe..

Cerita Hujung Minggu

Apa korang buat last weekend??SHOPPING??Jalan-jalan?Balik Kampung?? atau tido je kat rumah??? Aku dan my mr. hubby telah membawa si puteri kecil outing. Janji keluar dari ruang lingkungan rumah..hehehhe

Maka, hari Sabtu kitorang juz bawa Nuwaila makan dekat Restoran Saba'. Sebab ramai kawan2 cakap sedap so I ajak la mr hubby untuk try. Yerlah. en. zaha sangat suka mencuba restoran yang kitorang tak pernah pegi.

Kitorang tak dapat nak capture gambau2 yang cantik dan berkualiti minggu ni sebab opismet aku telah pinjam olympus kesayangan ku itu selama seminggu. So guna hp sony jer la banyak. ralat la jugak

Pas makan kat Saba', saja je bawak si anak dara pegi try tudung di Shafira since tudung kat situ sangat comel2. So plan nak beli tudung kat sikecik ni sebab dia suka sangat pakai tudung aku. Tapi size s pun agak besau juga...:(

Pas menyambar satu tudung merah di Shafira, terus pegi JJ AU. Sebab nak bawak dia pegi main2 kat situ. Biar dia bersosialize..heheheh. Memang la dia sangat happy. Tapi aku rasa permainan tu tak sesuai untuk dia. Yerlah papa bawa dia pegi main dengan dress. Kalau tahu awal2 dah tukar bagi pakai suar. Baru lah boleh melasak habis..Tapi nuwaila tetap gigih bermain...walaupun dengan dress itu.


Kesian dia main kat dalam ni.Sangat tak sesuwei untuk dia sebab kanak2 lain sudah besar dan sangat lasak. Tergolek-golek la si nuwaila dalam ni. tapi dia tak menangis plak. Lagi terkejar-kejar adalah...Aku plak kesian. Masalahnye main kuda dan gelongsor tu dia tak minat sangat..so aku dah suarakan kepada en. suami agar tidak membawa nuwaila ke tempat macam ni sebab bahaya untuk keselamatan dia. Asyik tergolek dan tertonggeng je dia kena langgar ngan budak2 besau kat situ..tunggu next year baru sesuai kot...

Setelah bermandi peluh, Pastu bawa dia pegi main kete la..sebab kesian kat situ tak sesuai ngan usia dia. 

Masa ni dah nampak sanagt kepenatan dia...sampai tersandar..


Dia memang suka stereng. Asal nak naik kete kena bagi main stereng dulu...So puas la dia naik kete control nih. And Finally.....


sangat lena..sampai umah terus sambung tido lagik.. :) Good nite my lil princess..sweet dreams.

Sunday, May 16, 2010

Bila Nuwaila Bersolat...

Entry kali ni banyak gambau jer ek..sebab aku nak share ketawa bila tengok semangat anak daraku yang satu tahun 5 bulan itu bersolat. tapi aku tak bentangkan sejadah la sebab masa ni anak dara aku bersolat depan TV masa aku n mr. hubby tengah layan TV;- Janganlah persoalkan kenapa budak 1 tahun 5 bulan ini tidak memakai telekung dan berbaju seksi ye..

 -kaki siap sebelah kanan ke atas tu. sujud camne pun aku tak tahu-

-ha.yang ni better sikit kaki tak terpeleot-

-kena letak tilam sebab budak kecik ini sambil sujud suka jilat lantai-

-ha yang ni dah nak bangun. masa sujud tonggek tak sempat capture gambar sebab cepat dia bangun-


-Alhamdulillah, yang ni almost perfect-




Bila dah selesai solat dia, dia terus bergolek sekejap then sibuk pegi tepi pintu main kasut papa dia yang sangat gedabak itu...sexy tak bahu anak dara i??

Okaylah, uols good nite.zzzzzzzzzzzzzzzz

Related Posts with Thumbnails