flowerish my heart

Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, July 1, 2010

Siakap yang Stim??

Siakap itu tengah stim kah??hehehheheh???18SX betul siakap ni. Sebenarnya nak bagitahu yang malam semalam aku masak siakap...Sekarang aku dah jadi pakar masak siakap kukus. En. Suami sangat happy dan si kecik Nuwaila pun tak ketinggalan. Berdua-duaan mereka di meja makan menghabiskan siakap.


Ikan siakap memang best. kalau dapat yang fresh, fuh wallah...manis habis isi dia.  Macam family aku lebih suka Sikap Stim dari Siakap 3 rasa or siakap masam manis. Walaupun ramai orang dah tahu masak siakap stim, aku tetap nak berkongsi resepi siakap kat sini. Supaya at the same time aku pun menghafal resepi.. Before this nak masak siakap pun nak kena bukak buju rujukan...

Resepi Siakap Kukus

1 ekor ikan siakap- 
(kalau nak hilangkan hanyir, sila basuh ngan air asam jawa dan garam, bilas pastu basuh ngan tepung gandum dan bilas lagi...)

Sila blend bahan2 ni... (kalau nak kuah banyak, letak air banyak sikit. tapi jangan banyak sangat,sebab bila ikan stim,heheheh air dia pun kuar..apakah??, nanti tak rasa original manis rasa ikan tuh plak)
3 batang serai
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah ros
Halia muda 1/2 inchi

Bahan2 lain
Serbuk lada hitam- sesuka rasa
5 sudu besar sos tiram (aku prefer campur sos tiram biasa ngan yang pedas brand nona)
Cili merah -sesuka rasa
Daun Sup
Hirisan Halia Muda
Tomato
Air perahan limau
Garam- secukup rasa

Cara2
Perap ikan siakap dengan bahan blend di atas beserta serbuk lada hitam, sos tiram selama 15 minit. Lama lagik pun OK.

Selepas 15 minit, masukkan semua bahan-bahan lain seperti tomato, hirisan halia muda, daun sup, cili Merah letak atas ikan.


Pastu kalau guna induction cooker, untuk heat 1000 degree tu set timing selama 20 minit. Perfect time setting dah ni..Agak2 lagi 5 minit tuh, masukkan perahan air limau tu...Pastu tutup balik..continue steam.


Pas 20 minit, siap boleh dihidang dan enak dimakan begitu sahaja. Lazat kalau diratah2...

* setengah orang ada yang perap sapu rempah masak kurma kat ikan dulu before perap nagn bahan blend, but actually, resepi ni dah pun marveles...


Sekian, boleh la try untuk dinner malam ni ek!! Daa...

Friday, June 25, 2010

Coklat..AGAIN??

Yippie..!!hari ni dapat lagi coklat dari kakak zac cayang. sangat  Sangat chanteek, hoccay!! Kak Zac buatkan coklat untuk aku yang dibubuh dalam coklat box warna kuning, manakala kak ilza pulak dapat warna pink.. Sila tengok gambau yang di attach ni..chantek kan???






Sweetkan?? macam2 bentuk kakak ni buat. Aku rasa pasni kalau nak buat besday si kecik nuwaila aku sure banyak nak kena budget nih. Sebabnya kak zac ni pun ada buat lolly choc dan cookies untuk goodies bag. Dah pesan suh order kat dia nih.. Siap besday kek pun dia nak buatkan special untuk nuwaila.

Actually, Jamia opismet aku yang order coklat sempena anniversary perkahwinan dia yang keenam. Happy Anniversary Jamia, ek!! Semoga kasih sayang suami isteri berkekalan.


Kak zac ni setiap kali ada orang order kek atau cokolat, sure yang lebih2 tu dia bancuh sekali untuk kitorang kat opis. Beruntung tak aku???

Tuesday, June 8, 2010

Asparagus Udang


Alamak..tetiba mood nak makan asparagus udang.. ;p

Tuesday, May 18, 2010

Penangan Kek dan Coklat

Kek dan chocolate??? Hampir semua orang suka makan kek dan coklat kan??kalau tak suka pun bukan sebab tak suka tapi sebab tak leh makan banyak sebab migraine..ye ke?tak kisah la fakta tu betul ke tidak..

Tapi yang aku tahu fakta betul ialah coklat tidak menyebabkan jerawat. Coklat menggemukkan?? Ya..tapi kalau dimakan banyak2. So anda suka coklat??makan secara sederhana sahaja ek!!yer lah sebab makan apa2 pun kalau berlebihan kan memang la menggemukkan.. :P

Coklat juga bukan penyebab karies gigi. Setengah orang suka cakap kat anak dia "hep jangan makan coklat banyak. nanti gigi rosak"!! sedangkan intention sebenar orang yang marah itu sebab dia sendiri nak makan coklat lebey kan..kantoi..  Ada banyak lagi tanggapan salah sebenarnya tentang coklat.tapi aku taknak tulis kat sini sebab itu bukan tujuan sebenar. nak tahu fakta lebih, sila google sendiri ek..

Tapi yang aku pasti makan coklat adalah antara nikmat sebenar kehidupan. Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. :) Alamak apsal aku banyak cakap pasal coklat nih sedangkan tajuk blog adalah kek dan coklat.



Nampak sungguh yummy kan cheezy cake ini?? Ini adalah gambar sepotong kek yang masuk ke dalam perut saya dan kawan2 saya masa BFF lunch 1st May hari tu. Kek ni opismate saya yang buat. Dia baru menceburi bidang kek coklat ini. Mula2 sebab minat je masak-masak.Beliau memang suka memasak dan mencuba resepi baru. yang geramnya, tangan beliau menjadik je.. Coba apapun lazat beb.

yang ni plak percubaan kek tempahan sepupu hubby saya



Terliyur tak???

Hari ini plak kak zac bagi kitorang rasa percubaan coklat dia plak. Dia baru belajar buat coklat.. Masya Allah, sangat lazat juga..mabeles betul lah..



Fuh..terliur juga???sedap beb..I tak tipu..Kak zac, dah tolong promo ni nak minta coklat lebey ek?hehehhehehe

Kesimpulannya, agak susah aku nak buat plan diet sebab banyak sangat godaan..huhuhu




Related Posts with Thumbnails