flowerish my heart

Thursday, July 1, 2010

Siakap yang Stim??

Siakap itu tengah stim kah??hehehheheh???18SX betul siakap ni. Sebenarnya nak bagitahu yang malam semalam aku masak siakap...Sekarang aku dah jadi pakar masak siakap kukus. En. Suami sangat happy dan si kecik Nuwaila pun tak ketinggalan. Berdua-duaan mereka di meja makan menghabiskan siakap.


Ikan siakap memang best. kalau dapat yang fresh, fuh wallah...manis habis isi dia.  Macam family aku lebih suka Sikap Stim dari Siakap 3 rasa or siakap masam manis. Walaupun ramai orang dah tahu masak siakap stim, aku tetap nak berkongsi resepi siakap kat sini. Supaya at the same time aku pun menghafal resepi.. Before this nak masak siakap pun nak kena bukak buju rujukan...

Resepi Siakap Kukus

1 ekor ikan siakap- 
(kalau nak hilangkan hanyir, sila basuh ngan air asam jawa dan garam, bilas pastu basuh ngan tepung gandum dan bilas lagi...)

Sila blend bahan2 ni... (kalau nak kuah banyak, letak air banyak sikit. tapi jangan banyak sangat,sebab bila ikan stim,heheheh air dia pun kuar..apakah??, nanti tak rasa original manis rasa ikan tuh plak)
3 batang serai
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah ros
Halia muda 1/2 inchi

Bahan2 lain
Serbuk lada hitam- sesuka rasa
5 sudu besar sos tiram (aku prefer campur sos tiram biasa ngan yang pedas brand nona)
Cili merah -sesuka rasa
Daun Sup
Hirisan Halia Muda
Tomato
Air perahan limau
Garam- secukup rasa

Cara2
Perap ikan siakap dengan bahan blend di atas beserta serbuk lada hitam, sos tiram selama 15 minit. Lama lagik pun OK.

Selepas 15 minit, masukkan semua bahan-bahan lain seperti tomato, hirisan halia muda, daun sup, cili Merah letak atas ikan.


Pastu kalau guna induction cooker, untuk heat 1000 degree tu set timing selama 20 minit. Perfect time setting dah ni..Agak2 lagi 5 minit tuh, masukkan perahan air limau tu...Pastu tutup balik..continue steam.


Pas 20 minit, siap boleh dihidang dan enak dimakan begitu sahaja. Lazat kalau diratah2...

* setengah orang ada yang perap sapu rempah masak kurma kat ikan dulu before perap nagn bahan blend, but actually, resepi ni dah pun marveles...


Sekian, boleh la try untuk dinner malam ni ek!! Daa...

6 comments:

FAM said...

tak nak masak. sila jemput utk food tasting ok! barulah kawan. hehehehehe

The Red Lover said...

hehhehe,insya-Allah nanti..boleh je

~ Zac Zakiah ~ said...

pssttt...pssstt...resepi ikan siakap dah klimaks ader x???...oppsss..

The Red Lover said...

hehehhe......lepas makan baru la klimaks

shafik said...

lain tawon aku cobe ok

The Red Lover said...

weh..apsal lain tawon plak???

Related Posts with Thumbnails