flowerish my heart

Showing posts with label me myself and i. Show all posts
Showing posts with label me myself and i. Show all posts

Monday, August 2, 2010

Betul tak aku cakap????

Betul tak???

kan aku pernah cakap dulu..eh silap..aku pernah type dulu dalam entry aku yang mengatakan aku ni bukanlah seorang blogger yang setia. Memula aku jadik blogger sebab terikut2 trend..hehehhehe. Masa tu aku ingat lagi yang aku tahu memulakan blog ni ialah Esah masa dia g study jauh nun kat obersea..Masa tu dia buat Master...

Pastu aku pun buat lah blog. masa ni student lagi kot..satu page, dua page...pas tu...habeh....ntah apa ke nama website and password aku pun aku dah lopa.Padahal masa tu dah upload dah gambau aku naik sampan masa kat Genting Highlands...So blog pertama aku pun terkubur.....

Aku pun buka blog kedua masa aku tengah stress tahun 2009 kot..Tak tau nak citer kat sapa masalah..tulih la anonymous..Cheeyeah la konon.. Pastu dua entry je aku type..bila aku dah cool, masalah dah terbang..blog aku pun melayang...hehhehehe. Again..my blog Gone With The Wind.

Pastu masa keje kat Ulu Kelang plak, tengok kawan2 aku berblogging..aku pun ikut jugak la blogging sebab buhsan teramat sangat....kawan-kawan aku sibuk meniaga kek la...cokolat la..hapdet kisah diri la..aku??ikut suka hati apa nak hapdet...

Sekarang plak sejak dah join company baru..aku dah busy. Blog pun dah bersawang bak kata sedara aku Rose.

Actually start dari first day join company baru kepala otak aku dah ada macam2 nak hapdet..tapi..bila sampai umah jer dah penat. Tak kuasa la nak FB and ber blog.Baik layan si anak dara aku tuh..:)

Yang aku risau....adakah blog aku nih akan berkaratz????

Kita tengoklah nanti yer...huhuhuhu. K lah nak bersiap pegi keje. Sekarang ni g keje dah kena bersesak dalam lrt..sedey betui..Dah kembali ke zaman masa awal grad..tapi ok gak..naik lrt dapat tengok gelagat orang, kan??


Monday, July 5, 2010

Potty Training..When to start??


Hari ni aku nak berbicara tentang potty training. Sebabnya anak dara aku dah nak masuk 19 months 15hb Julai ni. So aku berhasrat untuk memulakan latihan menggunakan tandas bagi tujuan menjimatkan pampers.hehehheh Pastu boleh la plan untuk 2nd baby plak. 

Dari hasil google aku potty train dah boleh start seawal 18 bulan iaitu bersamaan dengan usia setahun setengah. Berikut adalah checklist bahawa tanda anak dah bersedia untuk di potty train. Ni yang aku dapat dari babycenter.com. Kalau dari web tu ada perbezaan kalau nak kenal persediaan antara baby boy & baby girl;-

Your child may be ready to start potty training if she:

• Has regular, soft, formed bowel movements - Nuwaila dah pass ni

• Can pull her pants up and down - Nuwaila baru nak belajar
 
• Imitates others' bathroom habits (likes to watch you go to the bathroom, wants to wear underwear, and so on) - Nuwaila sangat tak suka nak pakai pampers or sepender. asyik kena main kejar2 jek.

• Makes a physical demonstration when she's having a bowel movement (such as grunting, squatting or telling you) - Bab ni Nuwaila dah pass. Kalau dah wee-wee dia suka buat muka cute sambil mencangkung sambil tarik2 pampers dia suh kita ganti lain. Tapi dia selalu cakap dia poo walaupun cuma wee-wee.



• Has words for stool and urine - Nuwaila belum reti sebut betul lagik. Tapi kalau kita tanya dia angguk2 kan kepala sambil senyum.

• Can follow simple instructions (such as "Give me the toy.") - Nuwaila dah terlebey pandai bab ni. kadang-kadang advanced sudah..

• Understands the physical signals that mean she has to go and can tell you before it happens - Nuwaila tak pass lagik nih

• Dislikes the feeling of being in a dirty nappy - sekarang ni baru sekali kencing pun dah suruh tukar pampers. kalo tengah ngantuk sangat tu, berak pun sanggup tido jugak.

• Has "dry" periods of at least three or four hours (this shows her bladder muscles are developed enough to hold her urine in and store it) -Pass

• Isn't negative about everything -Pass

• Understands the value of putting things where they belong -Baru separuh markah

• Demonstrates a desire for independence -Pass

• Can walk and sit down -Pass

Kesimpulannya, boleh tangguh lagi atau boleh mulakan kelas??? tapi kalau nak bagi dia fun with the potty pun okay gak kan?? Yerlah bagi exposure so that when she is ready, dia dah boleh guna potty itu. 

Tapi nak guna potty yang macam mana ek??yang ada music??yang ada gambar katun??or yang simple jek???




Ikut bacaan dari babycenter.com, anak pompuan lagi cepat pickup dari baby boy. Entahlah..my first time experience nih. So harap2 nuwaila membantu dalam proses nih.


Friday, July 2, 2010

Kerajaan atau Swasta??

Sekiranya anda diberi peluang untuk memilih pekerjaan, anda suka berkhidmat dengan siapa? Adakah korang suka kerja dengan kerajaan atau memilih untuk kerja dengan swasta??? Kenapa dan mengapa ek?

Ada orang suka dengan kerajaan sebab tetap dan berpencen....
Setengah orang pulak suka dengan swasta sebab kerja dan bidang tugas yang mencabar serta pendapatan yang lumayan..

Tak lumayan ke kerja dengan gomen?? Bukan gomen sekarang menawarkan pelbagai insentif dan kenaikan pangkat ke?? Kawan saya cakap elaun kerja kerajaan tinggi sehingga mencecah RM850 ke atas. Pastu ada melintang dan menegak..apatah tak tahu la

Lumayan sangat ke kerja dengan swasta? Memang masyuk dan gah...tapi cukup berbaloikah kalau kena compensate masa untuk bersama keluarga. Entahlah..walau apa pun pilihan kita, harus lah bekerja untuk mencapai matlamat, okes....

Semoga Allah sentiasa memelihara kita dan memberikan bantuan dan petunjukNya..


Wednesday, June 30, 2010

Mood bekerja...

Hari ni baru aku masuk opis after cuti 1 hari on Monday, dan attended 2 days training dekat MEF.  Collective Bargaining..itulah tajuk training aku. Apa kebenda tuh??Actually Collective Bargaining adalah berkaitan dengan negotiation process dalam mencapai persetujuan untuk Collective Agreement. Pendapat jujur aku training ni sangat bagus. Walaupun aku ada experience dalam few sessions of Collective Bargaining masa dekat Sentosa dulu, training ni dah memberi aku lebih pengetahuan lagi dalam pendekatan terbaik untuk mencapai kesepakatan bersama....Win-win situation  still favour in management.Mungkin semua ni akan lebih berguna kemudian... ;)

Aku memang suka pegi training. sebab aku percaya bila pegi training pasti aku dapat menambah ilmu di dada dan dapat berkenalan ngan ramai kawan baru. Tapi tetap tak lupa kawan2 sedia ada. training adalah satu cara yang majikan boleh guna untuk menaikkan motivasi pekerja. Cuma sayang sebab ada sesetengah pekerja menganggap training atau latihan yang diberikan sebagai satu hukuman yang membosankan. Come on fren, masa training la nak keluar dari suasana opis, dapat networking dan disamping itu jugak dapat makan sedap..hehehehhe.

alamak..kena masuk meeting plak...tbc ;p

Thursday, June 24, 2010

Masalah Problem

Masalah ni tak lah besar pun. Tapi tetap besar bila kita terpaksa nak fikir dan cari solution terbaik agar tak bermasam muka dan tidak memberi masalah pulah kepada pihak lain.

Cerita bermula setelah menerima panggilan telefon dari kakak tercinta di kampung memaklumkan yang  Pertukaran Lesen Bijih pada Selasa depan iaitu 29 Jun 2010. bertempat di Rumah Penghulu Gerik. Memula tmemang tak jadi masalah sebab aku boleh apply cuti dari Isnin sampai Rabu depan. untuk hanatr mak aku balik kampung. Yippie..cuti lama :) Boleh bersendaloka bersama my lil princess.

Tiba-tiba, baru aku teringat yang boss dah plan nak hantar aku pegi training dekat MEF pada 29 dan 30 Jun ini. 2 full days. Training ini sangat lah penting sebab pasal Collective Bargaining. It is a MUST!! bak kata omputeh..Yerlah, sebab bermula minggu depan dan bulan depan, aku akan menghadapi proses Collective Bargaining atau Negotiation with Union KPPDSB. Walaupun  aku pernah melalui semua ni masa kat Sentosa Medical Centre dulu, tapi training ni tetap wajib sebab nature of business is different dan ini merupakan Collective Bargaining kali pertama for my current company ; for the first Collective Agreement. SO mungkin cabaran dan dugaan yang bakal pihak management tempuhi agak mencabar. jadi kenalah penuhi ilmu di dada kan???

Camne nak buat nih??mak aku memang terpaksa balik kampung jugak sebab pertukaran Lesen Bijih Timah tu penting. Aku sebenarnya tak tahu la kalau ada orang melombong bijih timah kat perak lagi ke tak. But, memang lesen tu kena renew every year, walaupun mak aku bukanlah pelombong. Sebab bila tukar, pemegang lesen akan diberi duit untuk lesen-lesen mereka. diorang dapat bayaran seh..koje tak yah buat..best betul. So sapa nak bagi duit free kan??Jadi memang wajib tukar annually.

Masalah plak ngan si baby tecik aku ni. Mana nak tinggal kalau mak aku balik kampung and aku pulak kena attend training. Yer lah, anak aku memang tak dihantar pengasuh or nursery. Mak aku tolong jaga sebab dia risau dengan cerita macam-macam sekarang kan. Maka jadik lah anak aku cucu kesayangan dia..hehehehhe. takut kena dera or orang jaga tak bagus. Alhamdulillah la sebab anak aku membesar dengan sempurna bawah jagaan opah dia. ;)

Pikir punya pikr dari semalam, masih tak dapat solution. tanya Mr. Hubby, dia plak ada court cases dari Monday to Wednesday. So terpaksa lah minta tolong hubby untuk tanya kalau Ibu Mertua ku free untuk tolong since my MIL said she will be coming this weekend sebab ada urusan kat KL. Unfortunately, En .suami cakap, MIL bagitahu tak jadi datang plak. FIL je datang..huk huk huk.. Camne ni. Aku memang tak kisah kalau terpaksa tak pegi training tu demi anak kesayangan aku ni. But serba salah jugak la kalau tak pegi. Sebab training tu aku kena pegi berdua ngan boss aku. Habis Camno???

Nak nangis mak tau...Nak kena diskas balik ngan Puan Seri Boss tengah hari ni. Tetiba, my hubby sms. Dia dah arrange untuk cuti dan volunteer untuk jaga si kecil pada hari Selasa. dah arrange ganti kes dia ngan loyer lain la kot.. Apapun, terima kasih En. Zahar sebab keputusan last minute mu itu sangat bermakna buat isteri kesayangan mu ini..hehehhe. Muah Muah. Love you..




Semakin hari semakin asyik....


Keep Talking

No idea to blogging!! Tapi gambau dari cik pyzam ni cam menarik jek..So aku tampallah sajork. Memula rasa macam banyak nak tulis, but disebabkan 'bad' news yang datang bertalu-talu, kepala otak akak ni cam terbantut and terencat sikit nak menaip. So patutnya bahan yang plan ditulis adalah begitu ilmiah dan bermanfaat untuk dibaca, but hasilnya sampah la plak..

Penat la nak fikir and nak hadapi bad news camni. For how long? I don't know. Juz hoping that He will guides me to the rite path..Lebih kuat untuk hadapi segala dugaanNya. Oh God!! ;p



Wednesday, June 23, 2010

Bermain dengan blogspot...


Letting Go

Gambar di atas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. Cuma ditampal2 hasil google makcik yang bosan....

HARI INI DALAM SEJARAH
Akibat dek keboringan yang teramat sangat maka terpaksalah aku bermain dengan blogspot ni. Kejap-kejap tukar background. Kejap edit gambar. Kejap tambah image. rasa tak best, delete pulak. Entah segala macam edit, maka haru biru sekejap blog page aku ni. Ni semua gara-gara menunggu encik suami datang untuk fetch aku di pejabat.


Kisahnya minggu ni kereta encik suami berkampung di workshop kat area Selayang. So minggu ni romantiklah sikit. U hantar I, U jemput I....I tunggu U..but the haru-biruest part, bila boss encik suami masih meneruskan meeting walaupun selepas jam 5.30 petang. Of course la encik suami I yang budiman tak akan alert boss dia yang masa dah time kan??? Pekerja gigih budiman la katakan ;p

Maka kesunyian lah aku kat pejabat ni. Semua orang dah balik..huwaaaaaaaaaa!!! Tinggal sowang-sowang..sedangkan Encik suami masih kusyuk dalam meetingnya..Ni nak kena minta belanja makan besau nih...




terima kasih cik google atas gambar-gambar yang sangat cute..



me;- still waiting

Friday, June 11, 2010

bila mood mari...

kalau mood menulis dah mari, boleh menulis tak henti-henti
boleh mengadap pc sampai tak sedar diri..
kata-kata ayat berapi..
tapi kalau mood dah lari
blog ditinggal sepi..sebab fikiran rasa tak berisi
walau hati penuh emosi...


hehehhehe..luahan perasaan bile sebenarnya jeles tengok orang boleh hapdet blog selalu, tapi aku tak sempat..huhuhuhu 




Wednesday, June 9, 2010

Best of Luck to Myself

all the best to me..hehehhehe 


Friday, May 21, 2010

Mysterious Call

Tepat pukul 9.09 minit pagi tadi dapat satu panggilan telefon. bukan panggilan hangit ye..Lepas jawab call tu otak tup tup rasa agak takleh bergerak. Apsal ek?? macam peluang baik yang telah ditawarkan. tetapi macam agak berdebar untuk memulakan langkah. emm Itu kah Jodoh??hehehheheh.

Monday, May 17, 2010

Kenapa Aku Tulis Blog???

Kenapa aku tulis blog ek?? setiap orang ada alasan tersendiri untuk berblogging. Ada yang suka nak bercerita pasal apa sahaja berkaitan diri sendiri, ada yang berceloteh pasal masalah, ada yang nak kongsi cerita ceriti pelbagai mood, ada yang nak promote biz atau produk niaga masing2 dan ada juga nak kongsi ilmu atas tujuan motivasi dan dakwah. atau gossip-gossip menjatuhkan orang lain. Walau apa tujuan individu berblogging, semua punya style tersendiri nak menyampaikan idea masing-masing. Ada orang menulis blog memang untuk mencari pembaca, ada orang plak suka nak meluahkan isi hati tersendiri, orang nak baca bacalah, taknak baca pun takpe. Ada aku kesah??hehehhehe

Aku sebenarnya lebih suka membaca blog orang lain untuk memahami banyak perkara dan mempelajari benda baru. Hehehhehe. Tapi bila dah selalu sangat baca blog orang terasa plak aku juga ada cerita untuk dikongsi. Cerita apa??? Rojak lah...Macam-macam ada.. ;P



Monday, May 10, 2010

Happy membaca blog kawan-kawan

Hari ini kat opis kak zac sibuk belajar buat blog dari Jamia sebab senang nak advertise hasil tangan dia yang sedap dan yummy itu..Kek Chocolate Cheeze Zakiah...So happy tengok dia dah excited berblogging maka aku pun nak gak join the club..walhal this is not my first blog. Hehhehe..dulu dah ada 3 blog. 2 yang dah tak ingat apa jadah address dia satu lagi aku dah delete sebab contents dah lapuk..tak sesuwei noks......
Apapun aku harap this new blog will keep me exciting to blogging...
Related Posts with Thumbnails