flowerish my heart

Showing posts with label happy day. Show all posts
Showing posts with label happy day. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Don't cry for GERMANY, Argentina!!!


Oh NO!!Poning kepalo pakcik ni ha...Gambau itu adalah gambau pakcik Diego Maradona!!Ruplak kepala selepas Argentina di jadikan ayamtina oleh GERMANY di World Cup 2010, Waka Waka..hehehhe

Hehehhe..sebenarnya aku asalnya bukan lah peminat bola sepak. Tak layan pun. Tak kuasa la..Boring la..Menyampah lah ..macam-macam.sebab boring apsal orang yang ramai-ramai tu duk kejar bola yang satu. vongoks kan aku???.

Tapi aku akhirnya telah jatuh chenta melayan bola sepak Piala cawan??? dunia 2010. Semuanya bermula apabila encik suami mengajak aku menemani dia layan match di antara Germany dan England di Restoran Air Buah Gelas Besar Selayang. So pergilah aku join sekali, bawaklah si kecik Nuwaila tu.hangkut jangan tak hangkut ,kan...

Memang aku admit GERMANY memang teamwork terbaik dari ladang. 4-1 tuh ngan England. Mantop bangat!! Tapi..hehehhehe terdapat Cerita kelakar apabila menonton match itu iyerlah  bila sepakan Lampard yang memang SAH-SAH GOL tu TAK DIKIRA pengadil.hehehehheh. Tak boleh blah punye Pengadil World Cup!! Satu dunia nampak kan??but..well if pengadil dah kata tak masuk, maka tak masuklah..ehhheheh. Cian England. Macam kena tindas plak.


Oops...bila tengok gambar dari itikkejam...OO garisan dalam tu senget dan melengkong rupanya. Patutlah tak nampak.hikhikhik..
Kalau tak sure dah 4-2, kan??tapi peminat England kena terima hakikat, walaupun Pengadil nampak pun gol tuh, tetap keputusannya England Tewas di tangan Germany.4-2..Tetap ada gap 2 mata.. Tak trekejor yob!! Cayalah German!! Apapun, England tetap kuat dari Argentina sebab Argentina tak dapat memecahkan sebiji pun telur ayam mereka..

Sebut pasal World Cup, tetiba aku teringat teka -teki pasal bola sepak yang aku baca dari Mastika Julai 2010. Kenapa orang main bola sepak, setengah jam masa pertama itu 45 minit??bukankah sepatutnya setengah dari satu jam ialah 30 minit? agak notty dan dirty sikit..Ini adalah kerana 1 minit untuk 1 bola. Oleh sebab mereka ada 45 bola maka dapatlah 45 minit masa...heheheh. 1 bola yang dikejar dan 44 lagi bola yang berkeja2an..CES!! sapa la yang buat teka teki nih.

Apapun, aku tak sabar nak tengok game Germany lawan Spain..Biarlah Kurita meramalkan Spain menang..aku tetap akan sokong GERMANY!!;)

Monday, June 28, 2010

Cerita Hujung Minggu

Apa korang buat last weekend??SHOPPING??Jalan-jalan?Balik Kampung?? atau tido je kat rumah??? Aku dan my mr. hubby telah membawa si puteri kecil outing. Janji keluar dari ruang lingkungan rumah..hehehhe

Maka, hari Sabtu kitorang juz bawa Nuwaila makan dekat Restoran Saba'. Sebab ramai kawan2 cakap sedap so I ajak la mr hubby untuk try. Yerlah. en. zaha sangat suka mencuba restoran yang kitorang tak pernah pegi.

Kitorang tak dapat nak capture gambau2 yang cantik dan berkualiti minggu ni sebab opismet aku telah pinjam olympus kesayangan ku itu selama seminggu. So guna hp sony jer la banyak. ralat la jugak. 

Pas makan kat Saba', saja je bawak si anak dara pegi try tudung di Shafira since tudung kat situ sangat comel2. So plan nak beli tudung kat sikecik ni sebab dia suka sangat pakai tudung aku. Tapi size s pun agak besau juga...:(

Pas menyambar satu tudung merah di Shafira, terus pegi JJ AU. Sebab nak bawak dia pegi main2 kat situ. Biar dia bersosialize..heheheh. Memang la dia sangat happy. Tapi aku rasa permainan tu tak sesuai untuk dia. Yerlah papa bawa dia pegi main dengan dress. Kalau tahu awal2 dah tukar bagi pakai suar. Baru lah boleh melasak habis..Tapi nuwaila tetap gigih bermain...walaupun dengan dress itu.


Kesian dia main kat dalam ni.Sangat tak sesuwei untuk dia sebab kanak2 lain sudah besar dan sangat lasak. Tergolek-golek la si nuwaila dalam ni. tapi dia tak menangis plak. Lagi terkejar-kejar adalah...Aku plak kesian. Masalahnye main kuda dan gelongsor tu dia tak minat sangat..so aku dah suarakan kepada en. suami agar tidak membawa nuwaila ke tempat macam ni sebab bahaya untuk keselamatan dia. Asyik tergolek dan tertonggeng je dia kena langgar ngan budak2 besau kat situ..tunggu next year baru sesuai kot...

Setelah bermandi peluh, Pastu bawa dia pegi main kete la..sebab kesian kat situ tak sesuai ngan usia dia. 

Masa ni dah nampak sanagt kepenatan dia...sampai tersandar..


Dia memang suka stereng. Asal nak naik kete kena bagi main stereng dulu...So puas la dia naik kete control nih. And Finally.....


sangat lena..sampai umah terus sambung tido lagik.. :) Good nite my lil princess..sweet dreams.

Friday, June 25, 2010

Coklat..AGAIN??

Yippie..!!hari ni dapat lagi coklat dari kakak zac cayang. sangat  Sangat chanteek, hoccay!! Kak Zac buatkan coklat untuk aku yang dibubuh dalam coklat box warna kuning, manakala kak ilza pulak dapat warna pink.. Sila tengok gambau yang di attach ni..chantek kan???






Sweetkan?? macam2 bentuk kakak ni buat. Aku rasa pasni kalau nak buat besday si kecik nuwaila aku sure banyak nak kena budget nih. Sebabnya kak zac ni pun ada buat lolly choc dan cookies untuk goodies bag. Dah pesan suh order kat dia nih.. Siap besday kek pun dia nak buatkan special untuk nuwaila.

Actually, Jamia opismet aku yang order coklat sempena anniversary perkahwinan dia yang keenam. Happy Anniversary Jamia, ek!! Semoga kasih sayang suami isteri berkekalan.


Kak zac ni setiap kali ada orang order kek atau cokolat, sure yang lebih2 tu dia bancuh sekali untuk kitorang kat opis. Beruntung tak aku???

Wednesday, June 23, 2010

Happy Father's Day Darling!!

Happy Father's Day to my evadearest hubby, Mohd Zaharudeen Harun. 



Special for father's day, saya telah menempah coklat khas daripada opismet saya untuk encik suami terchenta. Tujuan beli coklat ni sebab kami sekeluarga; en.hubby, saya dan our lil nuwaila sangat suka shokolat..ehheheheh. so boleh la kecek sikit dari en. hubby ;p..(serampang 2 mata). 

Apabila sesi makan2 cokolat dah tamat, maka berangkatlah kami keluar membawa anak dara kesayangan bersosial. So, sebab that day was father's day..maka dengan sukacita tugas bermain dengan anak dara  adalah menjadi tugas papanya.




Terima kasih kerana telah menjadi seorang suami dan papa yang baik. Love you forever..muah

Related Posts with Thumbnails