flowerish my heart

Wednesday, June 30, 2010

Mood bekerja...

Hari ni baru aku masuk opis after cuti 1 hari on Monday, dan attended 2 days training dekat MEF.  Collective Bargaining..itulah tajuk training aku. Apa kebenda tuh??Actually Collective Bargaining adalah berkaitan dengan negotiation process dalam mencapai persetujuan untuk Collective Agreement. Pendapat jujur aku training ni sangat bagus. Walaupun aku ada experience dalam few sessions of Collective Bargaining masa dekat Sentosa dulu, training ni dah memberi aku lebih pengetahuan lagi dalam pendekatan terbaik untuk mencapai kesepakatan bersama....Win-win situation  still favour in management.Mungkin semua ni akan lebih berguna kemudian... ;)

Aku memang suka pegi training. sebab aku percaya bila pegi training pasti aku dapat menambah ilmu di dada dan dapat berkenalan ngan ramai kawan baru. Tapi tetap tak lupa kawan2 sedia ada. training adalah satu cara yang majikan boleh guna untuk menaikkan motivasi pekerja. Cuma sayang sebab ada sesetengah pekerja menganggap training atau latihan yang diberikan sebagai satu hukuman yang membosankan. Come on fren, masa training la nak keluar dari suasana opis, dapat networking dan disamping itu jugak dapat makan sedap..hehehehhe.

alamak..kena masuk meeting plak...tbc ;p

Monday, June 28, 2010

Nuwaila dan Blue Bear

Nuwaila sangat sukakan blue bear. Kalau kuar je iklan celcom tu..dia akn tiru beruang2 tu hentak kaki sambil cakap "HO!HO!" sejibik iklan.



Upload gambo dulu...cerita type esok jerlah..Ngantuk!!hehehhehe..

Cerita Hujung Minggu

Apa korang buat last weekend??SHOPPING??Jalan-jalan?Balik Kampung?? atau tido je kat rumah??? Aku dan my mr. hubby telah membawa si puteri kecil outing. Janji keluar dari ruang lingkungan rumah..hehehhe

Maka, hari Sabtu kitorang juz bawa Nuwaila makan dekat Restoran Saba'. Sebab ramai kawan2 cakap sedap so I ajak la mr hubby untuk try. Yerlah. en. zaha sangat suka mencuba restoran yang kitorang tak pernah pegi.

Kitorang tak dapat nak capture gambau2 yang cantik dan berkualiti minggu ni sebab opismet aku telah pinjam olympus kesayangan ku itu selama seminggu. So guna hp sony jer la banyak. ralat la jugak

Pas makan kat Saba', saja je bawak si anak dara pegi try tudung di Shafira since tudung kat situ sangat comel2. So plan nak beli tudung kat sikecik ni sebab dia suka sangat pakai tudung aku. Tapi size s pun agak besau juga...:(

Pas menyambar satu tudung merah di Shafira, terus pegi JJ AU. Sebab nak bawak dia pegi main2 kat situ. Biar dia bersosialize..heheheh. Memang la dia sangat happy. Tapi aku rasa permainan tu tak sesuai untuk dia. Yerlah papa bawa dia pegi main dengan dress. Kalau tahu awal2 dah tukar bagi pakai suar. Baru lah boleh melasak habis..Tapi nuwaila tetap gigih bermain...walaupun dengan dress itu.


Kesian dia main kat dalam ni.Sangat tak sesuwei untuk dia sebab kanak2 lain sudah besar dan sangat lasak. Tergolek-golek la si nuwaila dalam ni. tapi dia tak menangis plak. Lagi terkejar-kejar adalah...Aku plak kesian. Masalahnye main kuda dan gelongsor tu dia tak minat sangat..so aku dah suarakan kepada en. suami agar tidak membawa nuwaila ke tempat macam ni sebab bahaya untuk keselamatan dia. Asyik tergolek dan tertonggeng je dia kena langgar ngan budak2 besau kat situ..tunggu next year baru sesuai kot...

Setelah bermandi peluh, Pastu bawa dia pegi main kete la..sebab kesian kat situ tak sesuai ngan usia dia. 

Masa ni dah nampak sanagt kepenatan dia...sampai tersandar..


Dia memang suka stereng. Asal nak naik kete kena bagi main stereng dulu...So puas la dia naik kete control nih. And Finally.....


sangat lena..sampai umah terus sambung tido lagik.. :) Good nite my lil princess..sweet dreams.

Friday, June 25, 2010

Coklat..AGAIN??

Yippie..!!hari ni dapat lagi coklat dari kakak zac cayang. sangat  Sangat chanteek, hoccay!! Kak Zac buatkan coklat untuk aku yang dibubuh dalam coklat box warna kuning, manakala kak ilza pulak dapat warna pink.. Sila tengok gambau yang di attach ni..chantek kan???






Sweetkan?? macam2 bentuk kakak ni buat. Aku rasa pasni kalau nak buat besday si kecik nuwaila aku sure banyak nak kena budget nih. Sebabnya kak zac ni pun ada buat lolly choc dan cookies untuk goodies bag. Dah pesan suh order kat dia nih.. Siap besday kek pun dia nak buatkan special untuk nuwaila.

Actually, Jamia opismet aku yang order coklat sempena anniversary perkahwinan dia yang keenam. Happy Anniversary Jamia, ek!! Semoga kasih sayang suami isteri berkekalan.


Kak zac ni setiap kali ada orang order kek atau cokolat, sure yang lebih2 tu dia bancuh sekali untuk kitorang kat opis. Beruntung tak aku???

Thursday, June 24, 2010

Masalah Problem

Masalah ni tak lah besar pun. Tapi tetap besar bila kita terpaksa nak fikir dan cari solution terbaik agar tak bermasam muka dan tidak memberi masalah pulah kepada pihak lain.

Cerita bermula setelah menerima panggilan telefon dari kakak tercinta di kampung memaklumkan yang  Pertukaran Lesen Bijih pada Selasa depan iaitu 29 Jun 2010. bertempat di Rumah Penghulu Gerik. Memula tmemang tak jadi masalah sebab aku boleh apply cuti dari Isnin sampai Rabu depan. untuk hanatr mak aku balik kampung. Yippie..cuti lama :) Boleh bersendaloka bersama my lil princess.

Tiba-tiba, baru aku teringat yang boss dah plan nak hantar aku pegi training dekat MEF pada 29 dan 30 Jun ini. 2 full days. Training ini sangat lah penting sebab pasal Collective Bargaining. It is a MUST!! bak kata omputeh..Yerlah, sebab bermula minggu depan dan bulan depan, aku akan menghadapi proses Collective Bargaining atau Negotiation with Union KPPDSB. Walaupun  aku pernah melalui semua ni masa kat Sentosa Medical Centre dulu, tapi training ni tetap wajib sebab nature of business is different dan ini merupakan Collective Bargaining kali pertama for my current company ; for the first Collective Agreement. SO mungkin cabaran dan dugaan yang bakal pihak management tempuhi agak mencabar. jadi kenalah penuhi ilmu di dada kan???

Camne nak buat nih??mak aku memang terpaksa balik kampung jugak sebab pertukaran Lesen Bijih Timah tu penting. Aku sebenarnya tak tahu la kalau ada orang melombong bijih timah kat perak lagi ke tak. But, memang lesen tu kena renew every year, walaupun mak aku bukanlah pelombong. Sebab bila tukar, pemegang lesen akan diberi duit untuk lesen-lesen mereka. diorang dapat bayaran seh..koje tak yah buat..best betul. So sapa nak bagi duit free kan??Jadi memang wajib tukar annually.

Masalah plak ngan si baby tecik aku ni. Mana nak tinggal kalau mak aku balik kampung and aku pulak kena attend training. Yer lah, anak aku memang tak dihantar pengasuh or nursery. Mak aku tolong jaga sebab dia risau dengan cerita macam-macam sekarang kan. Maka jadik lah anak aku cucu kesayangan dia..hehehehhe. takut kena dera or orang jaga tak bagus. Alhamdulillah la sebab anak aku membesar dengan sempurna bawah jagaan opah dia. ;)

Pikir punya pikr dari semalam, masih tak dapat solution. tanya Mr. Hubby, dia plak ada court cases dari Monday to Wednesday. So terpaksa lah minta tolong hubby untuk tanya kalau Ibu Mertua ku free untuk tolong since my MIL said she will be coming this weekend sebab ada urusan kat KL. Unfortunately, En .suami cakap, MIL bagitahu tak jadi datang plak. FIL je datang..huk huk huk.. Camne ni. Aku memang tak kisah kalau terpaksa tak pegi training tu demi anak kesayangan aku ni. But serba salah jugak la kalau tak pegi. Sebab training tu aku kena pegi berdua ngan boss aku. Habis Camno???

Nak nangis mak tau...Nak kena diskas balik ngan Puan Seri Boss tengah hari ni. Tetiba, my hubby sms. Dia dah arrange untuk cuti dan volunteer untuk jaga si kecil pada hari Selasa. dah arrange ganti kes dia ngan loyer lain la kot.. Apapun, terima kasih En. Zahar sebab keputusan last minute mu itu sangat bermakna buat isteri kesayangan mu ini..hehehhe. Muah Muah. Love you..




Semakin hari semakin asyik....


Keep Talking

No idea to blogging!! Tapi gambau dari cik pyzam ni cam menarik jek..So aku tampallah sajork. Memula rasa macam banyak nak tulis, but disebabkan 'bad' news yang datang bertalu-talu, kepala otak akak ni cam terbantut and terencat sikit nak menaip. So patutnya bahan yang plan ditulis adalah begitu ilmiah dan bermanfaat untuk dibaca, but hasilnya sampah la plak..

Penat la nak fikir and nak hadapi bad news camni. For how long? I don't know. Juz hoping that He will guides me to the rite path..Lebih kuat untuk hadapi segala dugaanNya. Oh God!! ;p



Wednesday, June 23, 2010

Bermain dengan blogspot...


Letting Go

Gambar di atas tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati. Cuma ditampal2 hasil google makcik yang bosan....

HARI INI DALAM SEJARAH
Akibat dek keboringan yang teramat sangat maka terpaksalah aku bermain dengan blogspot ni. Kejap-kejap tukar background. Kejap edit gambar. Kejap tambah image. rasa tak best, delete pulak. Entah segala macam edit, maka haru biru sekejap blog page aku ni. Ni semua gara-gara menunggu encik suami datang untuk fetch aku di pejabat.


Kisahnya minggu ni kereta encik suami berkampung di workshop kat area Selayang. So minggu ni romantiklah sikit. U hantar I, U jemput I....I tunggu U..but the haru-biruest part, bila boss encik suami masih meneruskan meeting walaupun selepas jam 5.30 petang. Of course la encik suami I yang budiman tak akan alert boss dia yang masa dah time kan??? Pekerja gigih budiman la katakan ;p

Maka kesunyian lah aku kat pejabat ni. Semua orang dah balik..huwaaaaaaaaaa!!! Tinggal sowang-sowang..sedangkan Encik suami masih kusyuk dalam meetingnya..Ni nak kena minta belanja makan besau nih...




terima kasih cik google atas gambar-gambar yang sangat cute..



me;- still waiting

Besday oh Besday!!!

Happy Birthday yang ke 37 Kak Ilza.


Sampai 2 kali tuh diraikan..sayang tak sayang la kat dia nih. Nasib baik la 2 kali je. Nasib tak 37 kali sama macam 37 tahun umur dia..huhuhuhu. Apapun, jom layan gambar besday celebration dia.

Gambar-gambar Official Celebration


alamak patutnya ada gambau yang banyak sebab ada dua kali celebrate, tapi saya telah ter'misplace' cik thumb drive saya. So all the photos gone. Lenkali la kalau dah jumpa thumb drive i upload la ye.




Happy Father's Day Darling!!

Happy Father's Day to my evadearest hubby, Mohd Zaharudeen Harun. 



Special for father's day, saya telah menempah coklat khas daripada opismet saya untuk encik suami terchenta. Tujuan beli coklat ni sebab kami sekeluarga; en.hubby, saya dan our lil nuwaila sangat suka shokolat..ehheheheh. so boleh la kecek sikit dari en. hubby ;p..(serampang 2 mata). 

Apabila sesi makan2 cokolat dah tamat, maka berangkatlah kami keluar membawa anak dara kesayangan bersosial. So, sebab that day was father's day..maka dengan sukacita tugas bermain dengan anak dara  adalah menjadi tugas papanya.




Terima kasih kerana telah menjadi seorang suami dan papa yang baik. Love you forever..muah

Related Posts with Thumbnails