flowerish my heart

Wednesday, June 2, 2010

Nusyuz: Derhaka seorang isteri atau zalim sang suami???


 Kenapa saya pilih untuk menulis en3 ini??? Ini semua berkisar kes tuntutan Muta'ah bff saya yang sedang dalam proses Sulh.Sulh pertama telah selamat dijalankan last week. Namun masih tiada kata putus dicapai dan akan disambung kepada majlis sulh kedua hujung bulan Jun ini.

Bukan saya nak burukkan sesiapa dalam en3 ni, jauh sekali mencari cacat cela.Cuma fikiran logik saya ingin  berkongsi cerita yang mungkin boleh dijadikan panduan atau pengajaran bagi kita dalam melayari bahtera hidup alam berumahtangga.

Nusyuz atau derhaka?? NUSYUZ membawa erti derhaka ataupun ingkar kepada perintah suami pada perkara yang sah di sisi syarak untuk melakukannya. Nusyuz mungkin berpunca daripada isteri, suami atau faktor luaran. Walau apa pun situasi dan puncanya, Islam menggalakkan pihak yang menghadapi masalah ini tidak mengambil jalan singkat sehingga boleh merosakkan diri, anak dan keluarga.

Dalam kes bff saya ini, saya berpendapat nusyuz hanyalah sekadar alasan yang direka cipta oleh sang suami. Yer lah, kalau betul bff saya nusyuz, adakah beliau telah dinasihati atau dididik dan ditegur mengikut kaedah yang telah dianjurkan oleh Islam. TIDAK sekali pun beliau ditegur. Malah semasa talak dilafazkan di luar mahkamah. Kenapa suami tak filekan ke mahkamah yang isteri dia nusyuz, ini satu kesalahan undang-undang ye, kalau cerai di luar mahkamah. boleh report polis dan suami tersebut akan didenda. Suami bff saya cuma berkata bahawa beliau tidak pernah sayangkan bff saya dan sebenarnya 4 bulan sebelum perkahwinan lagi dia dah rasa tak nak menikahi bff saya. tapi dia proceed atas alasan kasihan.

Pelik bin ajaib kan??? Sepanjang 4 tahun berkahwin tu ada juga seorang anak. Alasan mungkin sang suami cakap itu tanggungjawab. Tapi, tak pula rasa bertanggungjawab atau  kasihan  apabila mentalakkan isteri dan meninggalkan si anak kecil di usia 4 tahun perkahwinan mereka.

Bagi saya perceraian mereka adalah berdasarkan emosi suami semata-mata yang sudah tiada rasional difikiran. Jadi disebabkan nak juga bercerai dan nak elakkan tuntutan muta'ah, si bekas suami itu menggunakan alasan nusyuz semasa proses Sulh. Sang bekas suami cakap, sebab si isteri taknak belajar masak dengan emak dia.hehehhehe. kelakar pulak aku rasa. Memasak tukan hanya cara isteri menambat hati suami tapi tanggungjawab hakiki suami lah menyediakan makanan tersebut. Cuma maybe kita melayu kaya dengan adab dan petua, masak-memasak dah jadi tugas hakiki isteri.

Patutlah kajian ada mengatakan ramai orang tak mendalami agama dan ilmu rumahtangga sebelum berkahwin, banyak kes baru 2 3 hari kawin pun bercerai sebab alasan tak belikan makanan dan alasan remeh lain.

Si bekas suami tersebut tak pernah ker terfikir bahawa kalau dia tak proceed dengan perkahwinan dulu kan lagi bagus. Masa nak kahwin tu pun bukan kena paksa jadi pak sanggup. dah memang dua-dua bercinta sejak di IPT lagi. At least bff saya mungkin bertemu jodoh ngan orang lain. Lebih baik bff saya meraung atau frust menonggeng masa bujang dari ditinggalkan dengan tanggungjawab lain untuk dipikul seorang diri.

Bukan saya nak menidakkan Qada' dan Qadar ketentuan Ilahi. tapi Allah bagi kita Akal Fikiran untuk kita berfikir secara waras serta mengambil tindakan berlandaskan ajaranNya. Tak guna kalau kita jadik salah seorang orang harapan negara tapi nak pimpin keluarga sendiri pun GAGAL.

Kelakar dengan perangai sang bekas suami, tapi kasihan pada nasib si bekas isteri iaitu bff saya. Yerlah, baru hari ni bercerai dengan si suami, esoknya suami dah buka blog baru bercerita hal keindahan hidup sorang and dah start declare dah ada awek baru yang kini dah jadi isteri beliau. Hipokrit kan orang macam tu. Memang dah jodoh tak panjang, tapi bukankah kita boleh berusaha memanjangkan jodoh kita sebelum kita terus pasrah tanpa usaha. Apapun didoakan agar bff saya semakin kuat menghadapi ujian hidup..



4 comments:

FAM said...

i'm speechless! tp sebok kepochi siapakah bff tu?

The Red Lover said...

acik, acik tahu siapa la..asma

JaNnAh said...

ayang, x setel lg ye.. kesian dia..

The Red Lover said...

aah..memang la.mamat tu dah berbahagia ngan bini baru.kalau bahagia la

Related Posts with Thumbnails