flowerish my heart

Monday, May 24, 2010

Kaki dalam mulut?? Hew...sangat jijik !!

Oh No!! You put your foot in your mouth AGAIN???


Hehehe..ok what? Comelkan?? kalau budak kecik memang la comel buat macam ni.. tapi kalau orang tua???


Sure pening kan baca. Apalah yang aku merepek sampai nak memasukkan kaki ke dalam mulut itu. What i meant here is pernahkah kita berhadapan dengan situasi yang memalukan?? Tersalah cakap hingga mendropkan your own water face you...Memberi kemaluan kepada diri sendiri atau orang lain??? Macam pelik je ayat ni but yang penting kita faham. Embarrassment and Embarrassing Moment !!!

Disini aku nak share 7 strategi bagi menjamin kebijaksanaan berkomunikasi.

T - think before you speak
A- Apologize quickly when you blunder
C-Converse, don't compete
T- Time your comments
F- Focus on behavior- not on personality
U- Uncover hidden feelings
L- Listen for feedback

The key word is "TACT". According to Oxford Advanced Learner's Dictionary; "Tact is a skill at not offending people or at creating a favorable impression by saying or doing the right thing". Dengar dan Baca dan Bunyi macam senang, tapi hakikat nak implementasi???

1)  T - think before you speak

Biasanya orang terfikir apabila dah terlepas cakap, kan?? Alamak ada plak yang terasa. Aku tersilap cakap ke. kalau terfikir camtu pun alhamdulillah lah walaupun agak terlambat.  But ada gak individu yang tak kisah langsung apa yang dia cakap. bak kata mertua aku Simpan lipan dalam mulut..ngeri jek bunyi..huhuhu. Kalau Black widow ada scorpion. Main cakap ikut lepas je...ikut suka suki mulut dia tanpa peduli keadaan atau orang sekeliling. Lenkali, pikir dulu sebelum cakap tau..kalau tak...



Ingat tau..Lidah seseorang itu sangat berbahaya sehingga dapat mendatangkan banyak kesalahan. 

2. A- Apologize quickly when you blunder

"maafkan kami..tret tet tet tet..
maafkan kami..tret tet tet tet
 maafkan kami..maafkan kami"
(sila nyanyi version Bujang Lapok atau Marah-Marah Sayang pun bolehlah)

kalau dah terlepas cakap tu, tak reti-reti nak mintak maaf?? ces marah plak..heheheh . jangan lah nak tunggu 2 3 hari plak. Dah sendiri salah khen....

3. C-Converse, don't compete

No No No!! Bukan kasut converse la... Sila check dekat Wiktionary sendiri ek..Penat la type ;P.. tak elok oo spoon feed ni.. nanti membiakkan kuman-kuman M..malas




4. T- Time your comments


Ada quotes by William Arthur Ward; 

“Before you speak, listen.
Before you write, think.
Before you spend, earn.
Before you invest, investigate.
Before you criticize, wait.
Before you pray, forgive.
Before you quit, try.
Before you retire, save.
Before you die, give.


Aku rasa aku kena sambung lenkali la..Otak tengah penat.hehehheheh. Tunggu next publish hoccay!!

# Gambau2 dipinjam dari Google..Thanks ek!!kang tak declare kena saman copyright act plak..huhuhuh

Is my brain working???

Reminder of the day 

"Exercise your brain by reading, studying, solving problems and learning new skills. As does the body, the brain atrophies with lack of use"


Friday, May 21, 2010

Mysterious Call

Tepat pukul 9.09 minit pagi tadi dapat satu panggilan telefon. bukan panggilan hangit ye..Lepas jawab call tu otak tup tup rasa agak takleh bergerak. Apsal ek?? macam peluang baik yang telah ditawarkan. tetapi macam agak berdebar untuk memulakan langkah. emm Itu kah Jodoh??hehehheheh.

Thursday, May 20, 2010

MEF Central Region Meeting at KGPA

Meeting yang sangat menarik..Met new fren, networking and new ideas..

Tuesday, May 18, 2010

Penangan Kek dan Coklat

Kek dan chocolate??? Hampir semua orang suka makan kek dan coklat kan??kalau tak suka pun bukan sebab tak suka tapi sebab tak leh makan banyak sebab migraine..ye ke?tak kisah la fakta tu betul ke tidak..

Tapi yang aku tahu fakta betul ialah coklat tidak menyebabkan jerawat. Coklat menggemukkan?? Ya..tapi kalau dimakan banyak2. So anda suka coklat??makan secara sederhana sahaja ek!!yer lah sebab makan apa2 pun kalau berlebihan kan memang la menggemukkan.. :P

Coklat juga bukan penyebab karies gigi. Setengah orang suka cakap kat anak dia "hep jangan makan coklat banyak. nanti gigi rosak"!! sedangkan intention sebenar orang yang marah itu sebab dia sendiri nak makan coklat lebey kan..kantoi..  Ada banyak lagi tanggapan salah sebenarnya tentang coklat.tapi aku taknak tulis kat sini sebab itu bukan tujuan sebenar. nak tahu fakta lebih, sila google sendiri ek..

Tapi yang aku pasti makan coklat adalah antara nikmat sebenar kehidupan. Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. :) Alamak apsal aku banyak cakap pasal coklat nih sedangkan tajuk blog adalah kek dan coklat.



Nampak sungguh yummy kan cheezy cake ini?? Ini adalah gambar sepotong kek yang masuk ke dalam perut saya dan kawan2 saya masa BFF lunch 1st May hari tu. Kek ni opismate saya yang buat. Dia baru menceburi bidang kek coklat ini. Mula2 sebab minat je masak-masak.Beliau memang suka memasak dan mencuba resepi baru. yang geramnya, tangan beliau menjadik je.. Coba apapun lazat beb.

yang ni plak percubaan kek tempahan sepupu hubby saya



Terliyur tak???

Hari ini plak kak zac bagi kitorang rasa percubaan coklat dia plak. Dia baru belajar buat coklat.. Masya Allah, sangat lazat juga..mabeles betul lah..



Fuh..terliur juga???sedap beb..I tak tipu..Kak zac, dah tolong promo ni nak minta coklat lebey ek?hehehhehehe

Kesimpulannya, agak susah aku nak buat plan diet sebab banyak sangat godaan..huhuhu




Monday, May 17, 2010

Kenapa Aku Tulis Blog???

Kenapa aku tulis blog ek?? setiap orang ada alasan tersendiri untuk berblogging. Ada yang suka nak bercerita pasal apa sahaja berkaitan diri sendiri, ada yang berceloteh pasal masalah, ada yang nak kongsi cerita ceriti pelbagai mood, ada yang nak promote biz atau produk niaga masing2 dan ada juga nak kongsi ilmu atas tujuan motivasi dan dakwah. atau gossip-gossip menjatuhkan orang lain. Walau apa tujuan individu berblogging, semua punya style tersendiri nak menyampaikan idea masing-masing. Ada orang menulis blog memang untuk mencari pembaca, ada orang plak suka nak meluahkan isi hati tersendiri, orang nak baca bacalah, taknak baca pun takpe. Ada aku kesah??hehehhehe

Aku sebenarnya lebih suka membaca blog orang lain untuk memahami banyak perkara dan mempelajari benda baru. Hehehhehe. Tapi bila dah selalu sangat baca blog orang terasa plak aku juga ada cerita untuk dikongsi. Cerita apa??? Rojak lah...Macam-macam ada.. ;P



Sunday, May 16, 2010

Bila Nuwaila Bersolat...

Entry kali ni banyak gambau jer ek..sebab aku nak share ketawa bila tengok semangat anak daraku yang satu tahun 5 bulan itu bersolat. tapi aku tak bentangkan sejadah la sebab masa ni anak dara aku bersolat depan TV masa aku n mr. hubby tengah layan TV;- Janganlah persoalkan kenapa budak 1 tahun 5 bulan ini tidak memakai telekung dan berbaju seksi ye..

 -kaki siap sebelah kanan ke atas tu. sujud camne pun aku tak tahu-

-ha.yang ni better sikit kaki tak terpeleot-

-kena letak tilam sebab budak kecik ini sambil sujud suka jilat lantai-

-ha yang ni dah nak bangun. masa sujud tonggek tak sempat capture gambar sebab cepat dia bangun-


-Alhamdulillah, yang ni almost perfect-




Bila dah selesai solat dia, dia terus bergolek sekejap then sibuk pegi tepi pintu main kasut papa dia yang sangat gedabak itu...sexy tak bahu anak dara i??

Okaylah, uols good nite.zzzzzzzzzzzzzzzz

Happy Belated Teacher's Day



Sepatutnya post ni aku type pagi2 semalam.but kerana server yang tak berapa elok ku batalkan jerlah niatku yang suci murni itu.

Buat semua guru-guruku Selamat Hari Guru.. Guru pertama of cos la my mom & my late father..Pengalaman dan pembelajaran menjadikan kita berpengetahuan dan telah mematangkan fikiran kita. Parents kita dah ajar sejak kecil semua do's and don'ts. Adik beradik pun turut berperanan sebagai cikgu2 subjek yang mengajar kita andai ibu bapa itu adalah guru kelas.. Of coslah bapa itu adalah macam Guru Besar dan Cikgu Disiplin kan??


Cikgu-cikgu rasmi plak bermula dari aku Tabika KEMAS, masuk sekolah rendah di Sek. Keb. Tan Sri Ghazali Jawi, Kg Air Panas. Then,sekolah petang di Sekolah Agama Rakyat yang sepelaung je dari umah aku. Pas kuar results UPSR aku masuk secondary school di Ipoh. Residential Boarding School under kerajaan Negeri Perak iaitu Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah, Ipoh. Alhamdulillah pas SPM aku dapat melanjutkan pelajaran di IIUM. So dah macam2 cikgu yang aku jumpa, dengan penggunaan term yang berbeza. Ada cikgu, puan, ustazah, ustaz, Madam, Sir, Mr. and Prof...Walau apapun panggilan yang aku gunakan, perasaan hormat dan kasih tetap sama sebab kerana mereka aku berjaya mengenali dan mencorak kehidupan aku. Terima kasih semua guru-guruku..

 Bila cerita pasal hari guru yang kita celebrate 16 Mei setiap tahun, mesti aku teringat lagu ni:


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita 
 
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Dulu aku turut pernah menyanyikan lagu ini pada Sambutan Hari Guru di sebuah sekolah Grade A di Hulu Perak pada Tahun 2003. Masa tu aku jadik Guru Sandaran Tidak terlatih...Perasaan menjadi cikgu tu masih aku ingat..terlalu gembira apabila dikelilingi oleh anak-anak murid yang sangat ikhlas sayangkan kita sebagai guru mereka. Aku jadik happy bila anak murid faham apa yang kita ajar dan nasihat. Malahan ada yang nak buat jadik kakak angkat. application untuk amik jadik kakak ipar pun ada..jangan tak tahu yong.

Tapi bab yang paling best sebab aku paling muda masa tuh, masa baru grad IIU before convo, so kakak2 cikgu lain hari2 gilir belanja aku makan.maklumlah fresh grad belum banyak wang..heheh.gaji pun lambat kan. siap kak bie kantin sekolah tu pun kadang2 tak bagi aku bayar makan. and yang paling best time pegi and balik keja kakak2 cikgu ni sangat baik nak tumpangkan aku. Alhamdulillah. murah rezeki betul. Ni kalau masuk kempen calon adun sure menang ni..hahahhaha.
Anak-anak murid plak ramai orang asli. Ada plak anak murid yang pegi sekolah dihantar oleh atuk dia dengan  basikal tua. Ada muka plak yang comot-comot..berhingus pun ada. tapi semangat untuk datang sekolah terus membara. Semangat tu yang kita cari..yeah

Iklan selingan: tetiba aku teringat guru kelas aku masa aku Darjah 4 iaitu cikgu siti zubaidah. Masa tu beliau tengah peknen 7 bulan. Boleh plak ada kelasmet aku yang pegi sekolah tak mandi muka penuh tahi mata siyut. bukan tu je kesan air liur basi pun melekat lagik.heheheheh..(nama dan identiti biarlah dirahsiakan) tetiba masa cikgu tu tengah ajar subjek alam dan manusia, bila sampai kat tempat hamba Allah ni, dia termuntah teruk.alah tak tahan bau. kesian betul cikgu aku tu. Pastu budak itu dibambu kaw2 oleh cikgu aku.yerlah orang sarat mana tahan bau bukan-bukan kan..so selaku ketua kelas aku diarahkan oleh cikgu aku untuk bawa sabun, berus gigi sekali dan berus sabut..andai esok budak itu masih tak mandi, cikgu nak mandikan dia di khalayak ramai...malu siyut kalau aku jadik budak tu..budak tu plak boleh je kesat2 mata n muka ngantuk dia pandang cikgu tanpa rasa bersalah...but esoknyer budak tu dah start mandi pegi kelas sejak dari darjah 1 tak mandi pagi..hewwww..

Cuma bila tengok cikgu sekarang  kadang-kadang ada yang tak ikhlas jadik cikgu. Siap ber MLM masa kerja. Ada yang boikot taknak masuk kelas mengajar semata-mata guru besar tak approve transfer ke tempat idaman. ada yang ajar bagai melepas batuk di tangga. mengeluh bila anak murid nak bertanya...tapi tak semuala..aku kenal gak ramai kawan2 aku yang jadik pendidik berhati mulia.. :)

Alamak aku rasa patut aku citer pendek je, ter syiok plak type berjela-jela. Apapun Selamat Hari Guru pada semua guru-guru di Malaysia...Jasamu mendidik anak bangsa tetap dikenang. Sesungguhnya koranglah penentu corak generasi akan datang..






Saturday, May 15, 2010

Jalan-jalan kat Gombak..


Hari ni pukul 11 pagi aku dah keluar ke JungleLodge, Alang Sedayu. Pegi riki tempat nak buat family day kecil-kecilan untuk ahli keluarga rapat aku yg duk kat area KL dan selangor sahaja. Supposedly aku pegi riki tempat ngan makcik siti muda aku pada ahad ni, tapi disebabkan she's the busiest woman in town yang terpaksa ada hal lain tetiba, maka terpaksalah aku heret mr. hubby, lil nuwaila n emak aku together-gether.. 
 - Ini jambatan untuk pengunjung yang nak mandi-manda-
Alang Sedayu jadik salah satu pilihan yang ada sebab dekat. memula plan nak buat kat area PD but memandangkan ada saudara mara yang anak lebih dari 5 dan taknak memeningkan kepala diorang ngan budget, maka terpaksalah aku appoint diri aku sendiri jadik organizer. Kena buat budget yang tak menyusahkan poket semua orang, sebab takut at the end aku yang terpaksa bersusah huhuhuhu, and fikir tempat yang tak menggunakan petrol dan tol yang mahal..heheheh. Sebab matlamat utama adalah bersukaria bersama keluarga rapat yang disayangi sahaja.heheheh.
Alamak..tetiba kaki aku tersadung kerusi masa pegi buat Nescafe Tarik tadi. terhenti blogging kejap. Habis jari kaki bongsu kiriku berdarah..huhuhu…cakit woo. Pedey siyut. Nasib baik hubby kesayangan cepat2 ambil plaster n kapas obati loka di kakiku…thanks ye en. Zaha..nanti sayang belanja abang Nando’s ye.. hehehehhe. Iklan sekejap tajaan Nando’s
Ok lah berbalik kepada lawatan tadi..kira tempat JungleLodge ni so-so la..Bukan apa, tempat agak macam dah lama even surau pun nampak cam dah nak roboh..teruk betul. But Alhamdulillah dalam proses baik pulih…  tapi tempat agak tenang..jauh dari kesibukan kota..memang jauh sebab en zahar merungut macam boleh sampai Seremban..heheheh. bukan apa dah dekat area Muzium Orang Asli..so jalan raya yang agak slow kenderaannya..sebab dekat dengan SKEM so pemandu2 yang tengah nak amik lesen L lori dan kereta membanjiri jalan raya.
 Ini hasil lawatan hari ini sebelum lawatan ke Agrotek Garden Resort next week.
 - Sungai yang sangat bersih dan terjaga. Rasa cam nak terus berenang masa tu-














 -Laluan nak ke padang & tempat camping-
-kalau taknak mandi sungai, boleh berendam dalam swimming pool. Untuk kanak2 dan dewasa..2-2 ada-
-banglo-

Antara bilik-bilik yang terdapat dalam banglo:-
Ini untuk 4 orang 2 queen beds










owh..rupanya sangat penat la nak buat blog..huhuhuhu..(iklan sekejap)
 -bilik untuk 4 orang bujang-
 -bilik ni sangat selesa untuk couple..seharusnya kalau jadik buat kat sini, ini bilik i book dulu. kuasa veto organizer-
 -Bilik ni plak 2 + 1-
- Dorm kecik besar sume ada. tapi kat sebelah area fishing pond and tent site. 1 minute walks from bungalow.  
but my hubby tak suka tdo dorm. cukuplah masa asrama dulu.huhuhu-
 -Fishing pond yang dah ditutup sebab pekerja situ cakap ada pengunjung yang bawak jala-
-hehehhe-sebaik habis melawat terus pujuk buah hati yang dah boring dan berpeluh sebab main kejar2 ngan opah sementara mama dia duk merayap keliling JungleLodge-

So next week tugas my auntie muda plak bawak i pegi Agrotek. kat Hulu Langat..so readers..if u know any other interesting places to organize family day, yg menarik area KL dan Selangor sila hapdet saya yer..cadangan anda amatlah digalakkan..


Thursday, May 13, 2010

“Kids and Maternity Fair 2010 with Upin & Ipin!”

Juz now i had received an email invitation to participate in “Kids and Maternity Fair 2010 with Upin & Ipin!”. Sound interesting, rite??


FACT SHEET

•          Event Name                                     
Kids and Maternity Fair 2010 with Upin & Ipin
 
•          Event Theme                                    
“Modern Mumz Xciting Kidz”

•          Date
6-8 August 2010
 
•          Time 
10am - 8pm
 
•          Venue
 Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur

•          Exhibition Categories                     
Apparels
Baby Products
Books & Stationary
Education & Training
Food & Beverages
Health & Wellness
Maternity Products 
Preschool education 
Recreation
Services
Toys & Games
 
•          Who Should Attend                         
Children and teenagers
Educationist
Entrepreneurs
Franchisors
Government Bodies & Agencies
Kids
Parents / Parent-to-be
Psychiatrist & Pediatrics
Researchers
Students
 
Activities during exhibition
Adventure & Discovery Section
Chess competition
Children Talent Quest
Clown & Stilt Walkers
Demonstrations
Diaper Changing Contest
Enrichment corner/ Storytelling Area
Performances by Children (inter nursery/kindergarten competition)
Face Painting
Inflatable & Giant Board Games
Interactive Sports Zone
Lego Challenge
Live Soccer Kids by TV3
Magicians
Meet Upin & Ipin Characters
Milk Blending Contest
Photo Taking Contest
Pregnant Mom Competition
Quiz show by Upin & Ipin
Safety Campaign
Scrabble Competition
Sony PSP Competition
Sudoku/Kakuro Challenge
Talkshow for Parents
Upin & Ipin Fashion Competition
Upin & Upin Drawing & Coloring Contest


menarik tak kawan-kawan???



Related Posts with Thumbnails