flowerish my heart

Sunday, May 16, 2010

Happy Belated Teacher's Day



Sepatutnya post ni aku type pagi2 semalam.but kerana server yang tak berapa elok ku batalkan jerlah niatku yang suci murni itu.

Buat semua guru-guruku Selamat Hari Guru.. Guru pertama of cos la my mom & my late father..Pengalaman dan pembelajaran menjadikan kita berpengetahuan dan telah mematangkan fikiran kita. Parents kita dah ajar sejak kecil semua do's and don'ts. Adik beradik pun turut berperanan sebagai cikgu2 subjek yang mengajar kita andai ibu bapa itu adalah guru kelas.. Of coslah bapa itu adalah macam Guru Besar dan Cikgu Disiplin kan??


Cikgu-cikgu rasmi plak bermula dari aku Tabika KEMAS, masuk sekolah rendah di Sek. Keb. Tan Sri Ghazali Jawi, Kg Air Panas. Then,sekolah petang di Sekolah Agama Rakyat yang sepelaung je dari umah aku. Pas kuar results UPSR aku masuk secondary school di Ipoh. Residential Boarding School under kerajaan Negeri Perak iaitu Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah, Ipoh. Alhamdulillah pas SPM aku dapat melanjutkan pelajaran di IIUM. So dah macam2 cikgu yang aku jumpa, dengan penggunaan term yang berbeza. Ada cikgu, puan, ustazah, ustaz, Madam, Sir, Mr. and Prof...Walau apapun panggilan yang aku gunakan, perasaan hormat dan kasih tetap sama sebab kerana mereka aku berjaya mengenali dan mencorak kehidupan aku. Terima kasih semua guru-guruku..

 Bila cerita pasal hari guru yang kita celebrate 16 Mei setiap tahun, mesti aku teringat lagu ni:


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita 
 
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Dulu aku turut pernah menyanyikan lagu ini pada Sambutan Hari Guru di sebuah sekolah Grade A di Hulu Perak pada Tahun 2003. Masa tu aku jadik Guru Sandaran Tidak terlatih...Perasaan menjadi cikgu tu masih aku ingat..terlalu gembira apabila dikelilingi oleh anak-anak murid yang sangat ikhlas sayangkan kita sebagai guru mereka. Aku jadik happy bila anak murid faham apa yang kita ajar dan nasihat. Malahan ada yang nak buat jadik kakak angkat. application untuk amik jadik kakak ipar pun ada..jangan tak tahu yong.

Tapi bab yang paling best sebab aku paling muda masa tuh, masa baru grad IIU before convo, so kakak2 cikgu lain hari2 gilir belanja aku makan.maklumlah fresh grad belum banyak wang..heheh.gaji pun lambat kan. siap kak bie kantin sekolah tu pun kadang2 tak bagi aku bayar makan. and yang paling best time pegi and balik keja kakak2 cikgu ni sangat baik nak tumpangkan aku. Alhamdulillah. murah rezeki betul. Ni kalau masuk kempen calon adun sure menang ni..hahahhaha.
Anak-anak murid plak ramai orang asli. Ada plak anak murid yang pegi sekolah dihantar oleh atuk dia dengan  basikal tua. Ada muka plak yang comot-comot..berhingus pun ada. tapi semangat untuk datang sekolah terus membara. Semangat tu yang kita cari..yeah

Iklan selingan: tetiba aku teringat guru kelas aku masa aku Darjah 4 iaitu cikgu siti zubaidah. Masa tu beliau tengah peknen 7 bulan. Boleh plak ada kelasmet aku yang pegi sekolah tak mandi muka penuh tahi mata siyut. bukan tu je kesan air liur basi pun melekat lagik.heheheheh..(nama dan identiti biarlah dirahsiakan) tetiba masa cikgu tu tengah ajar subjek alam dan manusia, bila sampai kat tempat hamba Allah ni, dia termuntah teruk.alah tak tahan bau. kesian betul cikgu aku tu. Pastu budak itu dibambu kaw2 oleh cikgu aku.yerlah orang sarat mana tahan bau bukan-bukan kan..so selaku ketua kelas aku diarahkan oleh cikgu aku untuk bawa sabun, berus gigi sekali dan berus sabut..andai esok budak itu masih tak mandi, cikgu nak mandikan dia di khalayak ramai...malu siyut kalau aku jadik budak tu..budak tu plak boleh je kesat2 mata n muka ngantuk dia pandang cikgu tanpa rasa bersalah...but esoknyer budak tu dah start mandi pegi kelas sejak dari darjah 1 tak mandi pagi..hewwww..

Cuma bila tengok cikgu sekarang  kadang-kadang ada yang tak ikhlas jadik cikgu. Siap ber MLM masa kerja. Ada yang boikot taknak masuk kelas mengajar semata-mata guru besar tak approve transfer ke tempat idaman. ada yang ajar bagai melepas batuk di tangga. mengeluh bila anak murid nak bertanya...tapi tak semuala..aku kenal gak ramai kawan2 aku yang jadik pendidik berhati mulia.. :)

Alamak aku rasa patut aku citer pendek je, ter syiok plak type berjela-jela. Apapun Selamat Hari Guru pada semua guru-guru di Malaysia...Jasamu mendidik anak bangsa tetap dikenang. Sesungguhnya koranglah penentu corak generasi akan datang..






No comments:

Related Posts with Thumbnails